fbpx

Pasangan kekasih sanggup mengaku ‘bersaudara’ elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa JAIJ mengambil maklumat ke atas pasangan yang ditahan selepas disyaki berduaan dalam bilik hotel malam tadi.

JOHOR BAHRU – Pasangan kekasih sanggup mengaku mempunyai hubungan persaudaraan sebagai alasan bagi mengelak dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) ketika Op Ambang Tahun Baharu, tengah malam tadi.

Dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 11 malam itu, pasangan berusia 20 dan 25 tahun yang merupakan pekerja kilang sukar memberi kerjasama apabila enggan membuka pintu bilik.

Setelah menyedari mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk bolos, akhirnya mereka membuka pintu bilik selepas hampir 10 minit diketuk pihak penguat kuasa di sebuah hotel bajet di Taman Jaya, di sini.

Pelbagai karenah lain yang terpaksa dilalui penguat kuasa JAIJ sepanjang tiga jam operasi dijalankan antaranya pasangan mabuk, cubaan terjun tingkap dan menangis teresak-esak supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya.

Tidak kurang juga ada satu pasangan yang sempat melarikan diri ketika penguat kuasa JAIJ sedang mẹmbuat pemeriksaan di bilik lain di hotel bajet yang sama.

Timbalan Pengarah Operasi JAIJ, Anoar Sarimin berkata, operasi yang dijalankan serentak di seluruh daerah itu disertai seramai 72 anggota Bahagian Penguatkuasaan JAIJ dan Unit Penguatkuasaan Pejabat Kadi Daerah.

Katanya, Op Ambang Tahun Baharu ini diadakan untuk membanteras perbuatan maksiat serta aktiviti tidak bermoral bagi menyambut kedatangan tahun baharu.

Tambahnya, operasi kali ini menyasarkan lokasi membabitkan restoran awam, rumah tumpangan dan hotel bajet.

“Dalam operasi itu juga, kita menahan 30 individu termasuk lapan warga Indonesia dan Myanmar berusia 20 hingga 40 tahun yang disyaki berkhalwat,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI