fbpx

Dadah bernilai RM17,338 dirampas malam tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahimi ketika mengadakan sidang akhbar Op Ambang Tahun Baharu 2022 di IPK Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Sejumlah 253 individu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk membabitkan narkotik dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) menerusi Op Ambang Tahun Baharu 2022 di negeri ini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais berkata, secara keseluruhannya seramai 8,164 individu dan 4,929 buah kenderaan telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Seramai 253 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya termasuk kesalahan membabitkan narkotik, serta pelanggaran SOP di pusat hiburan di Pulau Tikus dan sebuah hotel di Batu Ferringhi.

“Seramai 144 individu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan narkotik selain merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM17,338,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Jelas beliau, polis turut mengeluarkan 1,301 keping saman serta menyita 52 buah motosikal di atas pelbagai kesalahan trafik.

“Tiga individu ditahan kerana memandu dalam pengaruh alkohol,” ujarnya.

Operasi yang bermula pada pukul 9 malam dan berakhir 4 pagi itu melibatkan kekuatan 146 orang pegawai kanan polis dan 821 anggota. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI