fbpx

City ‘bedil’ The Gunners 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodri (tengah) menjaringkan gol kemenangan buat City pada masa kecederaan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi. - Foto oleh EPL

LONDON – Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Arsenal 2-1 pada aksi di Stadium Emirates sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Gunners yang turun tanpa kelibat pengendali, Mikel Arteta yang positif Covid-19 berjaya mempamerkan rentak cemerlang dengan memberi kesukaran buat pasukan pelawat di awal saingan.

City yang dibimbing Pep Guardiola turut memiliki peluang awal menerusi jentera serangan yang diketuai oleh Gabriel Jesus, Riyad Mahrez serta Kevin de Bruyne.

Namun, Arsenal terlebih dahulu didepan apabila pemain sayap sensasi, Bukayo Saka menyudahkan hantaran cantik yang dilakukan oleh Kieran Tierney pada minit ke-31.

Bersambung pada babak kedua, City memperkemaskan jentera serangan dan meraih peluang keemasan apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Granit Xhaka mengasari Bernardo Silva.

Kesempatan itu tidak disiakan Mahrez untuk menyamakan kedudukan 1-1 selepas saingan memasuki minit ke-57.

Nasib Arsenal bertambah malang selepas pertahanan utama, Gabriel dilayangkan kad kuning kedua sekali gus diarahkan keluar padang berselang dua minit kemudian.

Kelebihan itu digunakan oleh pasukan The Citizens untul memberi tekanan bertali arus kepada skuad tuan rumah sebelum berjaya meraih gol kemenangan hasil ledakan Rodri pada masa kecederaan.

Keputusan tersebut menyaksikan City terus gah mendahului carta EPL dengan 53 mata manakala Arsenal kekal dengan 35 mata selepas mengharungi 20 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI