SEGAMAT – Dua laluan Kampung Bukit Tempurong dan Kampung Simpang Loy ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan dinaiki air banjir sehingga 0.6 meter, di sini sejak pagi tadi.
JKR Johor dalam satu kenyataan berkata, dua laluan itu membabitkan Jalan Jabi di Kampung Bukit Tempurong dan Jalan Bangas di Kampung Simpang Loy.
“Jalan Jabi di Kampung Bukit Tempurong dinaiki air banjir sedalam 0.5 meter manakala Jalan Bangas di Kampung Simpang Loy pula dinaiki air bah hingga 0.6 meter.
“Kedua-dua laluan berkenaan ditutup kepada semua jenis kenderaan.
“Pengguna yang mahu melalui Jalan Bangas, boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Kuala Paya Balai Badang manakala tiada laluan alternatif untuk Jalan Jabi,”katanya. – K! ONLINE














