fbpx
Gambar hiasan.

Banjir diramal landa Lipis Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk sekitar daerah Lipis, Pahang diminta untuk berwaspada kerana banjir dijangka berlaku pada Ahad ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), daerah itu akan mengalami banjir sekali lagi susulan amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

“Diramalkan banjir akan berlaku di daerah Lipis, Pahang bermula 3 Januari ini (Ahad) pukul 1 pagi,” kata JPS.

Tambah JPS lagi antara kawasan dijangka terlibat adalah Sungai Jelai, Kampung Bukit Betong, Kampung Demik, Kampung Kuala Telang, Kampung Tempinang dan kawasan rendah sekitarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN