fbpx

Banjir: 14 PPS dibuka di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM digerakkan bagi menyelamatkan mangsa dan memantau keadaan banjir di sebuah kampung di Gemas. /FOTO IHSAN APM

SEREMBAN – Tiga buah daerah di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jempol dan Tampin mengalami banjir kilat susulan hujan berterusan yang berlaku sejak tengah malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman berkata, setakat pagi ini, lapan buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

“Lapan buah PPS telah dibuka iaitu dua di daerah Jempol di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Palong 1 dan Balai Raya Kampung Baru Rompin dan empat PPS di daerah Tampun iaitu SK Kampung Keru, Surau Kampung Gedong, Sekolah Agama Rakyat Felda 4 dan Dewan Semarak Air Kuning.

“Di daerah Kuala Pilah pula sebanyak dua PPS dibuka iaitu di Dewan Desa Dangi dan Balai Raya Taman Fatimah. Bagaimanapun, anggaran mangsa ketika ini masih dalam perincian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa paras air di beberapa sungai di tiga daerah tersebut merekodkan trend menaik.

“Antaranya Sungai Linggi, Sungai Muar, Sungai Serting dan Sungai Gemencheh,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI