fbpx

Azzam, Sheryl kini suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azzam dan Sheryl selamat diijabkabul pagi tadi.

PETALING JAYA – Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwani sah bergelar suami isteri.

Pasangan mempelai dinikahkan di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya sekitar pukul 10 pagi tadi sebelum diraikan dalam majlis resepsi ringkas di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di sini.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 25, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, gelang dan mas kahwin.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Azzam bersyukur majlis perkahwinannya bersama isteri berjalan lancar walaupun dalam suasana pandemik.

“Alhamdulillah, perhubungan cinta akhirnya menyatukan kami sebagai suami isteri hari ini.

“Jujurnya, saya dan Sheryl merancang ke arah perkahwinan apabila hubungan cinta makin mekar sejak dua tahun lalu.

“Tanggungjawab sebagai suami itu sudah sedia untuk saya pikul,” katanya yang dalam perancangan mengeluarkan single duet bersama isterinya tidak lama lagi.

Terdahulu, juara program realiti Big Stage 2020 dan Sheryl yang juga penyanyi sama-sama mengambil pendekatan untuk tidak berahsia mengenai percintaan mereka sejak 2019.

Sebelum ini Azzam dan Sheryl mengikat tali pertunangan pada 30 September lalu. Istimewanya tarikh pertunangan mereka sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran Sheryl ke-24.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI