fbpx

‘Tak payahlah, Haqiem ha kau kang’ – Isteri Haqiem jadi pertikaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTERI penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea dikecam peminat ekoran memanggil suaminya itu dengan gelaran nama sahaja yang disifatkan kedengaran kasar.

PETALING JAYA – Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea ditegur peminat kerana dikatakan menggunakan kata ganti diri bersifat kasar atau kurang sesuai terhadap seorang lelaki bergelar suami sendiri.

Pasangan suami isteri muda itu menjadi tumpuan dalam gelanggang media sosial baru-baru ini apabila Anis mengadakan sesi IG Live bersama para pengikutnya.

Menerusi video dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli sempat menyelit ketika berlangsungnya siaran IG Live berkenaan.

“Takyahlah Haqiem ha kau kang,” ucap Anis bersahaja memberi amaran manja apabila digeletek suaminya dari arah belakang dalam video tersebut.

Video yang dikongsikan semula seorang peminat dalam TikTok itu mendapat reaksi pelbagai namun rata-rata mempersoalkan adalah lebih sopan jika Anis menggunakan panggilan lebih baik Haqiem sebagai tanda hormat.

Tidak kurang, sebilangan peminat juga tampil mempertahankan tindakan Anis dengan mengatakan panggilan yang diamalkan itu tidak salah asalkan masing-masing menghormati antara satu sama lain dalam rumah tangga.

“Aku tak faham orang yang jenis nak pertikaikan pasal panggilan itu. Kita okey panggil nama, janji hormat terhadap suami itu ada,” tulis seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, seorang netizen lain menulis: “Isteri yang baik dan sopan tidak memanggil suami dengan (panggilan) namanya.”

Haqiem, 23, dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabillah, Cyberjaya.

Perkahwinan pasangan itu mencatat rekod untuk tahun 2021 apabila difahamkan, nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan bernilai lebih RM7 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI