fbpx

George Town mula sesak sambut Tahun Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik sesak di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala pusar bandar raya di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Laluan menghala ke pusat bandar raya ini mula sesak dengan kenderaan luar termasuk penduduk tempatan yang mahu menikmati cuti Tahun Baharu 2022 esok.

Kesesakan berlaku sejak pukul 4 petang tadi dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu di Jelutong menghala ke Lebuh Megazine dan Weld Quay sehingga ke Padang Kota Lama.

Seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Aishah Rahman, 39, berkata, dia terpaksa menempuh kesesakan jalan raya dari Jelutong hampir 45 minit biarpun kurang tiga kilometer ke menuju pusat bandar.

Menurutnya, dia sudah menjangkakan berlaku kesesakan beberapa laluan utama di negeri ini berikutan cuti umum sambutan Tahun Baharu esok.

“Kami sudah merancang sebulan lalu untuk bercuti ke Pulau Mutiara dan menikmati tempat percutian menarik serta makanan popular nasi kandar di negeri ini.

“Terpaksa juga tempuh kesesakan untuk sampai ke lokasi penginapan berdekatan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Kompleks Chowrasta. Kami harap tidak berlaku kesesakan luar biasa sepanjang percutian selama tiga hari di sini,” katanya di sini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI