fbpx

Anggota tentera didakwa rogol, amang seksual remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Muhazzam Shah Mohd. Salem didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan, tiga minggu lalu. - FOTO: ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Seorang anggota tentera laut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, tiga minggu lalu.

Mohd. Muhazzam Shah Mohd. Salem, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa merogol mangsa di dalam bilik tidur di sebuah rumah di tingkat satu, Blok Biduri Apartment Bukit Permata, Lumut sekitar pukul 11 malam.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mohd. Muhazzam Shah juga berhadapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Pendakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amanina Zulkefli manakala tertuduh diwakili peguam, Fahmi Izzudin Jefri.

Terdahulu, Fahmi Izzudin memohon jaminan rendah dikenakan ke atas anak guamnya ekoran tertuduh menanggung kedua ibu bapa yang telah uzur selain mempunyai isteri dan tiga anak.

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 bagi dua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan lain sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan dan serahan dokumen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI