fbpx

Video aliran air terjun Lata Berangin deras tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian kepala air di Lata Berangin, Kuala Krai.

KUALA KRAI – Air terjun Lata Berangin di sini umpama dilanda tsunami kecil ekoran keadaan air deras luar biasa berlaku di kawasan rekreasi terkenal di daerah itu pagi tadi.

Menerusi perkongsian video selama 21 saat yang tular di aplikasi Tik Tok dan Twitter, orang ramai takut dan bimbang melihat situasi berkenaan.

Video berkenaan memaparkan keadaan hujan dan berangin kencang menyebabkan air terjun mengalir dengan deras.

Seorang pengguna Twitter, Bon Herrera turut berkongsi video itu dan membuat status hantaran ‘semoga Orang Kelantan selamat dan tak jadi mangsa kerakusan lobai Pas dan kegilaan balak mereka’

Jayy pula berkata, ‘takutnya tengok Lata Berangin air laju betul’. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI