fbpx

‘Pertarungan’ angkasa China dan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China. - China Manned Space Engineering Office

BEIJING – Ketegangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) bagaikan tiada berkesudahan apabila Beijing menuduh Washington sebagai ‘cuai’ dan ‘hipokrit’ susulan insiden satelit SpaceX milik bilionair, Elon Musk yang hampir melanggar stesen angkasa lepas China, Tiangong baru-baru ini, lapor laman berita RT semalam.

Jurucakap Kementerian Luar China,  Zhao Lijian berkata, negara itu telah membuat aduan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai dua insiden tersebut dan menggesa AS segera melakukan langkah agresif bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak akan berlaku lagi.

“AS sering mendakwa bahawa mereka adalah satu kuasa yang kuat dan mengamalkaan konsep ‘sikap bertanggungjawab di angkasa lepas’.

“Bagaimanapun, mereka dilihat mengabaikan sikap tersebut, bahkan mengancam keselamatan para angkasawan kami. Ini merupakan satu tindakan pilih bulu,” katanya dalam satu sidang akhbar, semalam.

Selain itu, Lijian turut menggesa Washington untuk melaksanakan langkah-langkah segera bagi mencegah insiden seumpama itu daripada berulang.

“Mereka perlu bertanggungjawab untuk melindungi angkasawan serta memelihara kemudahan-kemudahan di angkasa lepas bagi memastikan operasi yang selamat.

“Washington perlu bertanggungjawab terhadap aktiviti antarabangsa di angkasa lepas yang dilakukan oleh syarikat swasta (dari AS),” tegasnya.

DUA satelit Starlink milik SpaceX hampir melanggar stesen angkasa lepas China sebanyak dua kali pada tahun ini. – SpaceX

Beijing pertama kali membuat aduan kepada PBB awal minggu ini dengan mendakwa dua satelit Starlink milik SpaceX hampir melanggar stesen angkasa lepasnya sebanyak dua kali pada tahun ini, iaitu pada Julai dan Oktober lepas.

Insiden itu telah memaksa Tiangong untuk melakukan pergerakan drastik bagi mengelak pelanggaran tersebut.

Delegasi PBB China berkata, satelit-satelit tersebut berisiko mengancam nyawa dan kesihatan angkasawan sekiranya keadaan itu gagal dikesan.

Meskipun SpaceX mendakwa bahawa satelit miliknya dilengkapi dengan teknologi pencegahan pelanggaran automatik, ia tidak dapat meyakinkan China yang bertegas meminta jaminan lebih baik daripada syarikat penerokaan angkasa lepas itu dan rakan kerjasamanya di AS.

Tiangong merupakan pencapaian terbaharu dalam usaha China untuk menjadi kuasa besar angkasa lepas selepas Beijing mendaratkan kenderaan penerokaan di Planet Marikh dan menghantar kenderaan serupa ke Bulan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI