fbpx
Razarudin

Penjawat awam paling ramai terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sejumlah 804 orang penjawat awam di negara ini dilaporkan terlibat dengan penyalahgunaan dadah bagi tempoh 1 Januari hingga 30 November tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendahului senarai dengan 346 orang terlibat.

“Manakala kakitangan awam pula seramai 340 orang diikuti anggota tentera 104 orang dan juga anggota bomba 14 orang sahaja.

“Saya tidak nafikan penglibatan pegawai dan anggota PDRM dalam penyalahgunaan dadah ada, namun ia tidak kritikal iaitu hanya 0.04 peratus daripada seramai 128,325 orang yang menyalahgunakan dadah mengikut kajian pada tahun 2020.

“Namun situasi ini sangat terkawal kerana setiap aktiviti dan gerak mereka sentiasa dipantau rapat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) termasuk melakukan ujian saringan air kencing secara berkala,” ujarnya ketika sidang akhbar berkenaan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Kompleks Narkotik, Pulapol di sini hari ini.

Jelas beliau, jika dilihat statistik pada tahun 2020, bilangan pegawai dan anggota PDRM yang terlibat dengan dadah adalah seramai 408 orang manakala bagi tahun 2019 pula seramai 566.

“Bagi tahun 2018 pula (399 orang), tahun 2017 (451 orang) dan tahun 2016 (427 orang) sekali gus mencatatkan jumlah seramai 2,597 orang polis sepanjang enam tahun terakhir ini,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR