fbpx

Dilarang jual arak di Kuala Kangsar bermula Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulqarnain (lapan dari kiri) bergambar bersama Ahli Majlis selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021, di D' Village Resort, Karau, di sini hari ini.

KUALA KANGSAR – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan menjual minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di daerah ini bermula tahun 2022.

Larangan ini menjadikan MPKK sebagai pihak berkuasa tempatan kedua melaksanakan ketetapan itu selepas Majlis Daeran Selama yang memutuskan perkara itu sebelum ini.

Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 yang berlangsung hari ini.

Bagaimanapun menurut Zulqarnain, jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam masih dibenarkan dengan beberapa syarat dikenakan.

“Ada dibincangkan tetapi kita mesti mematuhi apa-apa perundangan diperingkat Persekutuan serta akta-akta berkaitan dan juga enakmen-enakmen di peringkat negeri.

“Kita dah boleh laksanakan dan tahun 2022 kita akan mulakan untuk kawasan yang memang sudah jelas majoriti Islam kita tidak akan benarkan, maka mereka yang bukan beragama islam yang berada di situ boleh beli ditempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021, di D’ Village Resort, Karau, di sini, hari ini. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI