fbpx

ATM hantar anggota, aset ke 86 lokasi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin (tengah) melihat aset-aset ATM semasa mengadakan lawatan kerja ke Markas Briged Kelapan Infantri, Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. - ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak anggota dan aset ke 86 lokasi di seluruh negara bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta agensi-agensi berkaitan semasa musibah banjir.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 115 pegawai dan 2,768 anggota akan digerakkan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di seluruh negara.

Menurutnya, selain itu, enam buah trak seberat tujuh tan, trak tiga tan (160 buah), bot (129 unit) dan enjin bot (109 unit) turut disediakan bagi membantu Nadma semasa bencana banjir ketika ini.

“Satu batalion ATM diletakkan dalam mod bersiap sedia di setiap negeri untuk akan digerakkan ke lokasi semasa gelombang kedua musibah banjir.

“Kita juga mengatur gerak pegawai bertanggungjawab ke semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri atau daerah dan meletakkan pasukan perubatan ATM dalam keadaan sedia bagi melaksanakan bantuan perubatan dan kawalan pencegahan jangkitan Covid-19 di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Markas Briged Kelapan Infantri, Kem Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Hishammuddin, pihaknya turut merancang koordinasi bantuan pesawat udara ATM selain memastikan hospital dan poliklinik ATM sentiasa dalam keadaan siap siaga.

Ujarnya, ATM juga menambah bilangan anggota bagi melaksanakan operasi menghantar barang keperluan dan makanan ke PPS selain kawasan yang terputus hubungan jalan darat.

Tambahnya, perancangan ATM akan dikemaskini dari masa ke masa mengikut situasi banjir di sesebuah negeri dan kawasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI