fbpx

Jakim terima anugerah jenama terbaik halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jakim menerima anugerah tersebut buat kali ketiga selepas terpilih sebagai penerimanya pada 2018 dan 2019.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Award 2021 For Strategic Business Alliance buat kali ketiga selepas terpilih sebagai penerima anugerah tersebut pada 2018 dan 2019.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, anugerah itu diterima semalam daripada badan bebas selain kerajaan yang mengiktiraf Jakim selaku satu jenama atau institusi dilihat menepati ciri-ciri berdiri teguh, mengekalkan kejayaan jenama dan kepimpinan jenama.

“World Brands Foundation (TWBF) selaku penganjur telah memilih Jakim sebagai penerima anugerah ini buat kali ketiga setelah menerima anugerah yang sama pada tahun 2018 dan 2019.

“Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan Jakim membangunkan strategi baharu untuk memenuhi keadaan persekitaran perniagaan yang semasa walaupun dalam masa-masa sukar,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI