fbpx

31 kenderaan banjir tersadai tepi jalan sekitar Taman Sri Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang tersadai akibat banjir di Taman Sri Muda yang belum dialih yang berdepan aktiviti khianat dan curi.

SHAH ALAM – Sebanyak 31 buah kenderaan yang rosak masih belum ditunda dan ditinggalkan di tepi jalan susulan banjir yang melanda Taman Sri Muda, di sini berkemungkinan berdepan aktiviti khianat dan curi pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kesemua kenderaan pelbagai jenama itu didapati di empat lokaliti berbeza susulan hasil rondaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini.

Katanya, lokati paling banyak kenderaan belum dialihkan pemilik masing-masing adalah Persiaran Aman hadapan kawasan perumahan Jalan Riang 25/117 sebanyak 14 kenderaan diikuti Jalan Abadi 25/58 hadapan Balai Polis Sri Muda (8), Jalan Sepadu 25/123 (6) dan Persiaran Budiman dari Bulatan Kuil menghala Bulatan Budiman Masjid (3).

“Pada 18 hingga 22 Disember lalu, kejadian banjir di kawasan Pekan Sri Muda Seksyen 25 telah mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan banyak kenderaan-kenderaan rosak ditenggelami banjir.

“Justeru, kita menasihatkan semua pemilik kenderaan tersebut untuk menunda kenderaan masing-masing ke tempat yang lebih selamat bagi mencegah dikhianati atau dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Baharudin menegaskan orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD ini, Asisten Superintendan Akmal Rabiatun Zaini ditalian 019-6546007 atau 03-55202230.

Berikut adalah senarai lokasi dan kenderaan yang masih belum ditunda oleh pemilik.

A) Persiaran Budiman dari Bulatan Budiman Kuil menghala Bulatan Budiman Masjid :-
1. M/kar Proton Saga No WWR2978
2. M/lori WPL1690
3. M/kar Mitsubishi No BNC1880

B) Persiaran Aman hadapan kawasan perumahan Jalan Riang 25/117 :-
4. M/kar Perodua Kancil No BFY5295
5. M/kar Proton Wira No BEP3168
6. M/kar Naza Kia No WVY1791
7. M/kar Nissan No WGM6555
8. M/lori WGV561
9. M/kar Kia Forte WYV1791
10.M/kar Perodua No RAD5370
11.M/kar Proton Inspira No WXJ4402
12.M/kar Toyota WTS7084
13.M/kar BGG1001
14.M/kar Perodua Kancil No BHY5701
15.M/kar Naza Kia No Putrajaya 7054
16.M/kar Proton Persona No BNB7730
17.M/kar Perodua Myvi No BPX533

C) Jalan Sepadu 25/123 :-
18. M/kar Perodua Viva No WVB2396
19. M/kar Proton Saga No WQF5903
20. M/kar Proton Saga No NBB4617
21. M/kar Perodua Kenari BGM7729
22. M/kar Perodua Viva No WRP952
23. M/kar Perodua Wira no BGU4972

D) Jalan Abadi 25/58 hadapan Balai Polis Sri Muda :-
24. M/kar Proton Saga No BMM5797
25. M/kar Volvo No AAK8883
26. M/kar Proton Wira No WJR7741
27. M/kar Volkswagen No KFD3326
28. M/kar Toyota Avanza No WNQ6401
29. M/kar Proton Inspira No BND9795
30. M/kar Naza Kia No WMK4358
31. M/kar Hyundai No WNP6647

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI