fbpx

Pelik, kenapa NO:ZE tak jadi selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NO:ZE

PROGRAM realiti Street Woman Fighter menjadi salah sebuah program realiti terbitan Mnet yang dianggap paling berjaya oleh peminat.

Masakan tidak, program tersebut menjadi platform untuk semua penari jalanan wanita menyerlahkan bakat, bahkan turut mempopularkan setiap pesertanya.

Hal itu berlaku kepada salah seorang pesertanya iaitu NO:ZE yang kini menjadi sorotan ramai peminat dek bakat serta pakej kecantikan miliknya.

Dia sebenarnya merupakan penari yang pernah meminjamkan khidmatnya untuk ramai artis terkenal K-pop, antaranya Taemin SHINee, Zico dan Kai EXO.

Menerusi Street Woman Fighter, No:Ze sebenarnya pernah menjadi ketua kumpulan penari untuk Wayb.

Berdasarkan pencapaian dan latar belakangnnya, peminat mula membincangkan soal masa depan NO:ZE.

“Dia sangat cantik dan berbakat tetapi kenapa tak nak jadi artis idola?” soal seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI