fbpx

Mangsa banjir perlukan tenaga kerja mencuci – Wak Doyok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMPIR 80 sukarelawan turun padang membersihkan kediaman mangsa banjir di sekitar Dengkil semalam bersama wakil NGO daripada Bakti Kasih Malaysia, R Global, Tadbrothers, D'Harung 4x4 Dengkil, Tasty Wavy, TerMeetUp, Protube Studio dan DailyFresh.

PETALING JAYA: Mangsa bencana banjir di seluruh kawasan kini lebih memerlukan tenaga kerja atau sukarelawan yang boleh membantu mereka untuk membersihkan kediaman dan kelengkapan lain.

Bercakap kepada Kosmo! Online, pelakon dan ikon fesyen terkenal, Wak Doyok yang turut terlibat sebagai sukarelawan bersama lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkata, ramai mangsa yang ditemuinya memerlukan bantuan tenaga kerja yang boleh memberi perkhidmatan kerja-kerja mencuci.

Tambah Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd. Azwan Md. Nor, pihaknya turut mengambil inisiatif mengumpulkan dana bagi menjayakan ‘Misi Kemanusiaan 2021 – Bantuan Bencana Banjir’ dengan menyediakan tenaga kerja mahupun bantuan kelengkapan lain.

“Kita tahu banjir kali ini agak teruk dan rumah mangsa dipenuhi dengan lumpur yang sangat tebal. Mereka tak larat untuk bersihkan sendiri semua benda. Sebab itu mereka lebih memerlukan kepada tenaga kerja atau sukarelawan yang boleh bantu bersihkan rumah mereka.

“Kami ada sediakan dana hasil sumbangan NGO yang terlibat dan sedikit kutipan melalui platform media sosial. Dari situ kami berjaya buat kutipan dalam anggaran RM10,000.

“Dan sebahagian dana ini kami gunakan untuk upah hampir 80 orang sukarelawan yang terlibat kerana kita perlu tahu pasukan sukarelawan sendiri juga terjejas pendapatan akibat Covid-19. Kita upah untuk mereka isi minyak kenderaan dan lain-lain,” katanya.

Dalam misi berkenaan Wak Doyok merupakan wakil dan Presiden Bakti Kasih Malaysia bersama Pengarah R Global, Shahrin Ong Abdullah dan Pengarah Tadbrothers, Amir Hamzah Abdul Hamid.

Dua NGO lain iaitu D’Harung 4×4 Dengkil dan Tasty Wavy turut terlibat membantu mangsa banjir di kawasan Dengkil semalam.

Mengulas lanjut, Wak Doyok memberitahu, dana yang dikumpul pihaknya itu turut diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan lain.

Selain mengupah sukarelawan, pihaknya turut menggunakan dana berkenaan untuk membeli kelengkapan lain seperti penyembur air.

“Kami ada juga bawa barang bantuan untuk mencuci seperti penyembur air bersama lori set penjana elektrik. Tapi kami tak dapat bantu lebih sebab kawasan yang kami pergi tiada bekalan elektrik.

“Misi seterusnya berkemungkinan kami akan turun ke Temerloh untuk bantu kawan-kawan kami yang turut terjejas di sana,” tambahnya lagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI