fbpx

Kenderaan kecemasan sentiasa diutamakan-JSPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman menjelaskan keutamaan sentiasa diberi buat kenderaan kecemasan

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sentiasa memberi keutamaan laluan kepada kenderaan kecemasan terutamanya terhadap ambulans serta bomba.

Ketua JSPT Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, keutamaan itu diberikan selaras dengan situasi keselamatan trafik semasa penugasan trafik dijalankan.

“Mengulas mengenai video yang tular itu, anggota bertugas di persimpangan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kedua-dua kenderaan tersebut untuk tempoh masa singkat.

“Ini kerana jarak pendahulu konvoi telah tiba hampir ke persimpangan dan tindakan mengatasi trafik itu diambil anggota trafik selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sekiranya anggota trafik di persimpangan memberi keutamaan jalan kepada ambulans milik Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) keluar dari simpang ke jalan utama, ianya akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Jadi, konvoi yang berada di jalan utama telah diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan selain mengambil kira penilaian awal yang sudah dilaksanakan oleh anggota trafik tersebut.

“Sebaik sahaja konvoi melepasi persimpangan tersebut pada tempoh yang singkat, anggota trafik mengambil langkah segera bagi memberi keutamaan jalan kepada ambulans,” katanya.

Tambah Azman, PDRM sentiasa peka dan komited dalam memberi keutamaan kepada kepentingan awam, khususnya apabila penugasan melibatkan keselamatan pengguna jalan raya termasuk kenderaan kecemasan.

Terdahulu, tular di media sosial ambulans milik PBSM berhenti di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada konvoi dipercayai rombongan Perdana Menteri dalam perjalanan bagi melihat sendiri kerja pembersihan pasca banjir di sekitar Hulu Langat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI