fbpx

Jualan tiket ETS, KTM Intercity tahun 2022 dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan jualan tiket bagi perkhidmatan tren eletrik (ETS) dan KTM Intercity untuk tahun 2022 akan dibuka mulai 5 Januari 2022 bagi perjalanan 15 Januari hingga 30 Jun 2022 dengan menggunakan jadual waktu baharu.

Sebanyak 32 penambahan perkhidmatann ETS yang terdiri daripada 10 servis laluan KL Sentral – Butterworth, 10 servis laluan KL Sentral – Ipoh, lapan (8) servis dari KL Sentral – Padang Besar, dua (2) servis laluan dari Gemas – Butterworth dan dua (2) servis dari Gemas – Padang Besar berbanding 16 servis pada masa sekarang.

Perkhidmatan KTM Intercity juga telah ditambah perkhidmatan kepada 20 servis yang terdiri daripada dua (2) Ekspress Timuran, enam (6) Ekspress Selatan dan 12 Shuttle Timuran berbanding 16 servis pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd. Rani Hisham Samsudin memberi nasihat kepada orang ramai agar mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan jimat.

“Jualan tiket ini dibuka untuk tempoh enam bulan mendatang bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri serta pulang ke kampung atau merancang untuk bercuti,” jelasnya.

KTMB juga menyarankan para pengguna membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB.

Pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.