fbpx

2 kes Omicron mula direkod di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow mengedarkan kalendar 2022 kepada orang ramai di Lebuh Cambell di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Negeri ini mula mengesan dua kes Omicron dari jemaah Umrah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bahawa ia merupakan kes import dari Arab Saudi.

“Pesakit dijangkiti varian itu selepas kembali dari menunaikan Umrah dan kedua-dua mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi.

“Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengedarkan kalendar 2022 kepada peniaga dan orang ramai di Lebuh Cambell di sini.

Sementara itu, Kon Yeow turut mengingatkan warga Pulau Pinang agar segera mengambil suntikan dos penggalak dan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa bagi mengelak dijangkiti Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI