fbpx

Pulang dari AS, tiga ahli BTS positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA anggota BTS, (dari kiri) Jin, RM dan Suga yang kini positif Covid-19.

BEBERAPA hari lalu, peminat K-pop dikejutkan dengan berita mengenai penyanyi Suga daripada kumpulan fenomena BTS yang disahkan positif Covid-19 pada Jumaat.

Sehari kemudian iaitu pada Sabtu, dua lagi anggotanya iaitu Rap Monster atau RM dan Jin juga disahkan dijangkiti virus tersebut.

RM yang tiba di Korea Selatan dari Amerika Syarikat (AS) pada 17 Disember lalu menjalani kuarantin seperti arahan pihak kerajaan.

Bagaimanapun, dia yang hampir menamatkan kuarantin didapati positif selepas sekali lagi menjalankan ujian, namun tidak mengalami sebarang simptom.

Sementara Jin pula yang pulang lebih awal pada 6 Disember juga disahkan positif selepas menjalani ujian kali kedua gara-gara mengalami simptom selesema.

Suga yang pulang ke Korea Selatan pada Khamis lalu disahkan dijangkiti pada keesokan harinya iaitu Jumaat selepas melakukan ujian PCR.

Bagaimanapun, kesemua mereka kini menjalani kuarantin kendiri dan berada dalam keadaan baik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI