fbpx
HYUNDAI Palisade merupakan sebuah SUV bersaiz penuh dengan karakter tersendiri. -AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

Pilihan SUV mesra keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Hyundai Palisade yang versatil, selesa dan mempunyai ciri keselamatan pintar sesuai untuk dimiliki oleh mereka yang sering mengembara di jalanan dengan barangan dalam kuantiti banyak ataupun bersama ahli keluarga.

Palisade juga tidak ketinggalan dari segi teknologi.

Bagi memudahkan penumpang di barisan tempat duduk ketiga keluar atau masuk SUV itu, terdapat butang pintar pada barisan kedua tempat duduk bagi membolehkan ia diselaraskan.

Iajuga didatangkan dengan sunroof pada bahagian tempat duduk belakang.

Kenderaan tersebut turut didatangkan dengan teknologi SmartSense, sistem bantuan pemandu serba canggih.
————————————————————————————————————————————————————————————————-
PELANCARAN Hyundai Palisade oleh Hyundai-Sime Darby Motor Sdn. Bhd. (HSDM) ditunggu-tunggu oleh peminat jentera tersebut.

Manakan tidak, Palisade merupakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang bukan hanya menampilkan rekaan garang, namun didatangkan dengan ­spesifikasi menakjubkan.

Ia sekali gus menjadi testimoni bagi sisi inovasi Hyundai dalam menghasilkan jentera berkualiti tinggi meliputi segenap aspek baik dari segi pemanduan mahupun keselamatan.

Antara rekaan yang menonjol bagi SUV tersebut sudah pasti adalah ruang kabin pelbagai fungsi yang diterjemahkan menerusi barisan tempat duduknya.

Barisan tempat duduk kedua dan ketiganya boleh dilipat, membolehkan pengguna Palisade untuk memaksimumkan penggunaan ruang dalam jentera ber­kenaan.

Dalam erti kata lain, Hyundai Palisade sesuai untuk dimiliki oleh mereka yang sering mengembara di jalanan dengan barangan dalam kuantiti banyak ataupun bersama-sama ahli keluarga.

Ruang kargo seluas 1,297 liter mampu dicapai apabila barisan ketiga tempat duduk dilipat oleh pengguna. Ia cukup luas, sekali gus membuktikan ruang kargo adalah antara ciri utama jentera itu.

Pada masa sama, Palisade juga tidak ketinggalan dari segi teknologi.

HYUNDAI palisade memiliki rekaan papan pemuka yang moden.

Bagi memudahkan penumpang di barisan tempat duduk ketiga keluar atau masuk SUV itu, terdapat butang pintar pada barisan kedua tempat duduk bagi membolehkan ia diselaraskan.

Dalam pada itu, Palisade juga didatangkan dengan sunroof pada bahagian tempat duduk belakang.
Kenderaan tersebut turut didatangkan dengan teknologi SmartSense, sistem bantuan pemandu serba canggih.

Ia mempunyai pelbagai ciri keselamatan, antaranya bantuan elak pelanggaran hadapan, bantuan pelanggaran titik buta, bantuan kekal lorong, amaran pe­langgaran lintasan trafik belakang dan amaran keluar dengan selamat.

Jentera itu turut dilengkapi dengan sistem enam beg udara bagi ciri ke­selamatan tambahan.

TEMPAT duduk barisan kedua untuk varian 3.8 liter lapan tempat duduk.

Selain itu, Palisade juga menggunakan monitor titik buta, head-up display dan smart power tailgate yang boleh dilaraskan mengikut ketinggian pilihan pengguna.

Dua enjin disediakan bagi SUV ber­kenaan iaitu enjin diesel R2.2 CRDI Turbo dan 3.8 GDi yang menggunakan petrol sebagai bahan api.

Enjin diesel membolehkan Palisade mencapai kelajuan maksimum 210 kilometer sejam (kmsj), manakala enjin petrol 190kmsj.

Palisade didatangkan dalam empat varian iaitu Exec 7 (tujuh tempat duduk) dan Exec 8 (lapan tempat duduk) bagi enjin diesel, manakala varian enjin petrol dinamakan Luxe 7 (tujuh tempat duduk) dan Luxe 8 (lapan tempat duduk).

SUV ini dipadankan rim aloi 20 inci.

Sistem pemanduan yang diguna pakai bagi varian Luxe 7 dan Luxe 8 adalah pemanduan pacuan hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD) Active on-Demand bagi varian Exec 7 dan Exec 8.

Terdapat lima pilihan warna ­eksklusif bagi jentera tersebut iaitu white cream (putih), lagoon silver (perak), steel ­graphite (kelabu), moonlight cloud (biru) dan timeless black (hitam).

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata, permintaan terhadap SUV mesra keluarga dilihat semakin meningkat pada masa kini.

BAHAGIAN belakang nampak eksklusif.

Jelasnya, ini kerana pengguna mahukan jentera yang versatil, selesa serta memiliki ciri keselamatan pintar.

“Pelancaran Palisade tepat bagi pasaran Malaysia, selari dengan strategi Hyundai bagi meneraju inovasi,” katanya.
Orang ramai yang ingin melihat lebih dekat Hyundai Palisade boleh mengunjungi bilik pameran Hyundai Ara Damansara di Sime Darby Motors City.

Ia juga boleh dilihat di Hyundai Jalan Klang Lama, Gurney Paragon dan bilik pameran di Skudai.

Enjin petrol ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 200PS.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web di https://www.hyundai.com.my/showroom/palisade/.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN