fbpx

Gunung berapi dipercayai sembunyikan pangkalan makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH objek didakwa UFO dirakam memasuki kawah gunung berapi Popocatepetl. - Youtube/UFO Sightings Daily

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang ahli teori konspirasi percaya makhluk asing mempunyai pangkalan rahsia di Bumi selepas sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) dilihat memasuki sebuah kawah gunung berapi di Mexico, lapor akhbar Daily Star semalam.

Scott C. Waring yang mendakwa dirinya pakar makhluk asing,  berkongsi  klip video memaparkan sebuah UFO memasuki kawah gunung berapi Popocatepetl baru-baru ini.

Menurutnya, klip video dirakam secara langsung itu memaparkan  UFO terbang secara amat perlahan.

“UFO itu masuk dari bahagian kiri gunung berapi di mana terdapat sebuah lohong di situ.

“Lohong tersebut mengeluarkan abu, lahar dan awan panas setiap minggu. Saya percaya ia merupakan ‘pintu masuk’ bagi UFO tersebut,” katanya.

Tambah Waring, dia sudah  lama percaya bahawa terdapat sebuah pangkalan makhluk asing di bawah gunung berapi Popocatepetl, dekat Bandar Raya Mexico itu.

“Bukan sahaja kelibat UFO sering dilihat berlegar-legar di situ, bahkan ia turut  keluar masuk dari kawah tersebut.

“Penduduk tempatan pernah mendakwa terlihat satu makhluk berketinggian 213 sentimeter yang mempunyai bentuk tajam pada bahagian tumit kaki sedang memanjat gunung berapi tersebut tanpa sebarang peralatan mendaki.

“Bukti-bukti mengenai makhluk asing kini semakin banyak. Tidak lama lagi, ia akan mendedahkan dirinya kepada seluruh dunia. Adakah anda telah bersedia? Saya sudah,” ujar Waring.

Perkongsian video di laman YouTube itu mendapat perhatian orang ramai dengan netizen memberikan pelbagai pendapat.

“Setiap hari, semakin banyak kelibat UFO dilihat dan ia semakin aktif (menunjukkan diri),” kata seorang pengguna media sosial.

“Saya melihat hujan meteor pada malam tersebut. Pada pendapat saya, ia adalah meteor ( bukan UFO),” ujar seorang lagi netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI