fbpx

Bekas tentera dakwa bertemu makhluk asing biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Collier mendakwa dia bercakap dengan makhluk asing selepas dibawa ke dalam kapal angkasa. – Reddit

WASHINGTON – Seorang bekas pegawai tentera Amerika Syarikat mendakwa bertemu dengan dua makhluk asing berwarna biru yang memberitahunya bahawa terdapat 135 bilion ‘manusia’ di seluruh alam semesta, lapor akhbar Daily Star semalam.

Alex Collier, yang merupakan bekas juruterbang helikopter tentera berkata, dia bercakap dengan dua makhluk itu pada 1980-an.

Katanya, dia dibawa ke dalam sebuah kapal angkasa dan dipaksa memakai tali pinggang khas supaya dia boleh bercakap dengan makhluk asing selama tiga bulan.

Sepanjang tempoh itu, makhluk asing itu dikatakan bercakap mengenai manusia dan kehidupan di alam semesta.

Collier turut menyifatkan makhluk asing itu sebagai mempunyai kulit berwarna biru.

“Ketika saya dibaringkan di atas meja, terdapat ‘lelaki’ yang amat tinggi iaitu kira-kira 7 kaki (213 sentimeter) dan mempunyai kulit berwarna biru serta ciri fizikal yang sempurna. 

“Apa yang saya boleh katakan adalah saya berasa rapat dengannya, tidak gentar dan menyukainya serta-merta,” katanya.

Collier pernah memberi taklimat mengenai dakwaannya bertemu dengan makhluk asing di Jepun pada 2007. 

Namun sehingga kini, tiada bukti yang mengesahkan bahawa pendedahannya itu adalah benar. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI