fbpx

‘Bom jangka’ ancam 500 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK menunjukkan tanah mendap sedalam tiga meter di Kampung Lombong, Kuala Langat semalam.

KUALA LANGAT – Kira-kira 500 penduduk di Lorong Jaya Sepakat 2, Kampung Lombong, di sini bimbang apabila berdepan masalah mendapan tanah sedalam tiga meter akibat banjir sejak Isnin lalu.

Mendapan yang diibarat ‘bom jangka’ itu dipercayai terbentuk hasil pertembungan air dari Sungai Klang dan sebuah bekas tapak lombong itu yang jaraknya kurang 10 meter dari kediaman penduduk.

Seorang penduduk, Muhamad Farid Aidi Ahmad, 39, yang tinggal paling dekat dengan lokasi runtuhan itu mula berpindah keluar sejak malam Jumaat lalu.

“Selepas beberapa hari bermalam di rumah keluarga, saya pulang semula ke kediaman untuk mengambil barang dan me­ngalihkan kenderaan petang Isnin lalu.

“Namun, saya terkejut melihat tanah di hadapan rumah sudah runtuh seluas kira-kira 50 meter,” kata kakitangan swasta itu ketika ditemui semalam.

Sebanyak 80 kediaman penduduk di kawasan berkenaan terjejas banjir dan dinaiki air se­tinggi kira-kira 1.5 meter.

Bagi pemilik tanah, Aidi Ahmad Soriani, 54, terpaksa me­minta penyewa empat buah rumahnya supaya berpindah keluar kerana kawasan itu masih tidak selamat diduduki setakat ini.

“Saya cuma bimbang runtuhan lebih teruk berlaku dan kawasan rumah kami ini ibarat bom jangka yang boleh runtuh pada bila-bila masa.

“Pihak bertanggungjawab termasuk Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Langat turut hadir meninjau lokasi runtuhan kelmarin. Saya berharap ada tindakan segera,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Nurhalidah Mohammed Khalim, 29, yang baru habis berpantang bimbang dengan situasi tersebut dan kini terpaksa menumpang rumah ahli keluarga lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI