fbpx

Taman Sri Muda kembali terima bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pangsapuri yang terletak di Taman Sri Muda, Shah Alam sudah mendapat bekalan elektrik.

PETALING JAYA – Taman Sri Muda, Shah Alam yang terjejas teruk akibat banjir telah kembali memperoleh bekalan elektrik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Taman Sri Muda telah kembali bercahaya malam tadi.

“Terima kasih seluruh warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, TNB dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan elektrik di 284 kawasan di Pahang, Negeri Sembilan (24), Kuala Lumpur (117) dan Selangor (121) telah dipulihkan sehingga pukul 12 tengah malam tadi.

Menurut TNB, jika banjir sudah surut, tetapi masih belum menerima bekalan elektrik disebabkan oleh pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.

Jelas TNB, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Para pelanggan (TNB) dinasihatkan supaya kekal selamat dan sentiasa berhati-hati. Jangan bermain air banjir atau sentuh, potong atau tarik pokok tumbang berdekatan talian elektrik,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI