fbpx

Kes denggi di Ipoh turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Kes demam denggi di bandaraya ini menunjukkan penurunan sejak 16 Oktober sehingga 17 Disember apabila mencatat sebanyak 168 kes dengan satu kematian berbanding 1,189 kes dan satu kematian bagi tempoh sama tahun 2020.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pada tahun ini hanya terdapat tiga lokaliti wabak iaitu Taman Syabas dengan dua kes, Kampung Baru Kuala Kuang (empat kes) dan Taman Pakatan Jaya (11 kes) dengan satu kes kematian.

“Manakala kes Chikungunya pula tiada lokaliti wabak dilaporkan bagi tahun ini.

“Sehingga 17 Disember lalu sebanyak 10 kes dilaporkan berbanding 595 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu dengan pengurangan sebanyak 98.3 peratus untuk daerah Kinta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Penuh Majlis Pada Bulan Disember di Dewan Mesyuarat MBI di sini semalam.

Dalam pada itu kata Rumaizi, aktiviti pencegahan, kawalan dan promosi kesihatan berkaitan kesedaran denggi dan chikungunya oleh MBI dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kinta serta semua agensi dan NGO pada tahun lalu membuahkan hasil. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI