fbpx

Kerjasama Spiderman-Man PUBG Mobile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster kerjasama PUBG Mobile dengan filem Marvel terbaharu iaitu Spider-Man: No Way Home.

PETALING JAYA – Bagi menghangatkan lagi e-sukan, PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile) telah menjalinkan kerjasama dengan filem Marvel terbaharu iaitu Spider-Man: No Way Home yang dijadual bakal menemui pemain pada pertengahan Januari 2022.

“Bekerjasama dengan filem Spider-Man: No Way Home bermakna pihak kami akan membawa pengalaman baharu dalam kandungan permainan video buat pemain PUBG Mobile dan juga peminat Spider-Man itu sendiri,” kata Ketua Penerbitan PUBG Mobile, Vincent Wang.

Justeru, sebagai tanda terima kasih atas sokongan tidak berbelah-bahagi peminat terhadap permainan video tersebut, PUBG Mobile meraikan peminat setia mereka dalam satu acara sempena sambutan Krismas di Sunway Pyramid, Selangor.

Acara selama tiga hari yang bermula pada pukul 5 petang sehingga 10 malam pada hari ini, esok dan 26 Disember ini diisi dengan pelbagai acara menarik antaranya persembahan Flash Mob dan kemunculan watak adiwira Spider-Man serta watak-watak dalam PUBG Mobile.

Bertambah menarik, peminat PUBG Mobile di Malaysia berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang membolehkan mereka berpeluang meraih sehingga 100,000 UC (mata wang dalam PUBG Mobile). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.