fbpx

Semak maklumat tular, jangan percaya bulat-bulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej tular di media sosial berkenaan penutup bekalan elektrik di Selangor.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan menyemak segala maklumat berkenaan status penutupan bekalan elektrik sementara di Selangor yang tular di pelbagai platform media sosial.

“Sekiranya anda menerima mesej-mesej tular di mana-mana platform media sosial, hendaklah disemak terlebih dahulu.

“Semakan boleh dibuat melalui Facebook TNB Careline atau Twitter Tenaga Nasional untuk info yang sahih dan terkini,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Terbaharu, TNB memaklumkan sebanyak 121 kawasan di Selangor telah pulih dan kembali menerima bekalan elektrik setakat pukul 2 petang hari ini.

“Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik di kawasan berkenaan masih belum selamat untuk diaktifkan,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI