fbpx

Polis tunda kereta secara terbalik elak tayar tersangkut longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tersebut yang turut tular di media sosial.

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengesahkan rakaman video sebuah kereta ditunda secara terbalik oleh trak tunda polis baru-baru ini.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian yang tular di media sosial tersebut berlaku pada 18 Disember lalu kira-kira pukul 10.55 pagi.

“Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku di Jalan Syed Putra berhampiran SJK(C) Kuan Cheng, Kuala Lumpur.

“Unit Tunda JSPT KL menunda kereta jenis Proton Saga BLM warna putih yang terbalik di bahu jalan berhampiran longkang dalam keadaan keempat-empat tayar di atas akibat kemalangan ketika hujan.

“Kenderaan tersebut tidak boleh digerakkan ke posisi asal disebabkan terdapat longkang yang mana sekiranya ditarik pada posisi tersebut, berkemungkinan kedua-dua tayar belakang tersangkut dalam longkang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sarifudin berkata, kereta itu hanya boleh dikembalikan ke posisi asal sekiranya diterbalikkan di permukaan yang rata.

Katanya, selepas mendapat persetujuan pemandu kenderaan tersebut, kereta itu ditarik sejauh lima meter di atas jalan raya, diberhentikan dan diterbalikkan ke posisi asal.

Jelas beliau, tindakan itu terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain serta pemilik kenderaan berkenaan.

“JSPT KL menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dalam keadaan jalan basah disebabkan hujan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI