fbpx

Cucu selamatkan opah, redah banjir 3 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faridzi ketika mengeluarkan neneknya, Sabariah di Taman Sri Muda, Shah Alam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mengambil keputusan meredah banjir bagi mencari neneknya di Pusat Permindahan Sementara (PPS) berhampiran Taman Sri Muda, Shah Alam setelah tiga hari terputus hubungan komunikasi.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohd Faridzi Jamil, 34, menyatakan bahawa mereka sekeluarga telah dimaklumkan oleh sepupunya bahawa kawasan itu mula terima hujan yang lebat sejak Jumaat lalu.

“Pada awalnya, saya dapat mesej dari ahli keluarga yang air mula masuk ke dalam rumah shingga paras tingkap. Namun, selepas itu saya tidak dapat mengubunginya sehingga Ahad.

“Keesokannya, kami cucu-cucu ambil keputusan untuk keluar mencari nenek di empat PPS berhampiran namun gagal ditemui.

“Maka, kami sebulat suara bersetuju meredah banjir untuk pergi ke rumahnya,” katanya kepada Kosmo! baru baru ini.

Jelas Faridzi, dirinya yang mula risau dan memikirkan pelbagai kemungkinan yang menimpa keluarganya itu mula mencari alternatif lain.

“Saya teringat ada kawan yang sedang lakukan usaha menyelamat di kawasan itu namun disebabkan keadaan yang teruk di sana menyukarkan kami untuk menghubungi pihak lain.

“Akhirnya selepas tiga jam ikhtiar, kami dapat hubungi salah seorang daripada Persatuan Sukan Mendaki Kedah (HACCK) bagi meminjam bot untuk masuk ke dalam,” jelasnya.

Menurutnya, sepanjang perjalanannya itu merupakan suatu peristiwa yang amat memilukan dengan keadaan rumah dan kenderaan yang sudah ditenggalami air.

“Apbila kami sampai rumah opah, Alhamdulillah opah ada dalam rumah dan semua selamat.

“Mereka tidak dapat keluar rumah kerana rumahnya berada berdekatan dengan kunci air menyebabkan arus air lebih deras,” ujarnya.

Faridzi berkata, ini adalah pengalaman yang belum pernah dilaluinya dan tiada apa yang lebih berharga dari nyawa dan keluarga. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI