fbpx

Patin membawa tuah pada musim banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu yang sedang menjala ikan patin dan hasil menjala ikan di kawasan banjir.

PETALING JAYA – Tindakan tiga lelaki menjala ikan di kawasan banjir membawa tuah apabila mereka mendapat ikan patin yang jarang ditemui sehingga mendapat perhatian ramai.

Berdasarkan video yang dikongsikan pengguna media sosial Faizal Zamri, walaupun menempuh situasi sukar mengharung banjir, dia dan dua rakannya berpuas hati kerana mendapat tiga ekor patin dengan setiap satunya seberat 15 kilogram.

Susulan perkongsian itu, orang ramai teruja dan menganggap lelaki itu bertuah kerana mendapat hasil yang tidak disangka-sangka.

“Banjir bukan bencana tetapi Allah hendak hapuskan dosa kita, bukan itu sahaja, Allah hantar rezeki untuk kita, bersangka baik padaNya,” ujar @msnoralatifff.

“Semoga tuan empunya ikan patin ini menghalalkan. Moga Allah limpahkan lagi rezeki buat semua,” kata @dielamijaan.

“Alhamdulillah, banyak pahala tuan sangkar kalau dia ikhlas. Banyak pahala yang dapat kalau dia kongsi makan ramai-ramai. Semoga Allah gantikan rezeki buatnya,” ujar @yulnurulhalilah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI