fbpx
Penduduk San Francisco Bay Area dan Oakland membuka but kereta mereka dan membiarkannya tanpa pengawasan. - YouTube

Trend buka but kereta untuk elak kecurian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO BAY AREA, CALIFORNIA – Penduduk sekitar kawasan San Francisco Bay Area di Amerika Syarikat dilaporkan sengaja membiarkan kereta mereka diparkir dalam keadaan but belakang terbuka, bagi mengelakkan kenderaan tersebut daripada dicuri, lapor laman berita Oddity Central kelmarin. 

Bandar San Francisco dan Oakland mencatatkan jumlah kes kecurian kereta yang tinggi sejak beberapa bulan lalu, sekali gus membuatkan orang awam mula mencari taktik berkesan bagi mengelakkan kenderaan milik mereka daripada dicuri.

Susulan itu, mereka meninggalkan kereta dalam keadaan but yang sengaja dibuka bagi menunjukkan bahawa barangan yang ada di dalamnya tidak berbaloi untuk dicuri.

Menurut beberapa media tempatan, orang awam membawa keluar kesemua barangan berharga dan meninggalkan kereta mereka tanpa dikunci ketika menyelesaikan tugas harian.

Kaedah itu dikatakan sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan kenderaan mereka daripada ‘dipecah masuk’ oleh pencuri yang mencari barang berharga di dalam kenderaan yang diparkir.

“Tiada apa di dalam kereta saya dan mereka (pencuri) boleh melihat bahawa tiada apa yang boleh diambil,” kata seorang pemilik sebuah perniagaan di Oakland, Parisa Hemmat.

Meskipun kaedah itu semakin popular di San Francisco Bay Area, polis bagaimanapun memberi amaran kepada pemilik kenderaan untuk tidak melakukan perkara tersebut.

“Pencuri boleh mengambil bateri kereta dan juga tayar anda.

“Mereka (pencuri) juga boleh pergi ke ruang penyimpanan hadapan kereta dan tahu tempat tinggal anda. Ia seolah-olah ‘menjemput’ satu bencana lain,” kata bekas Timbalan Ketua Polis San Francisco, Garret Tom. – AGENSI 

POPULAR