fbpx
Tangkap layar keadaan Mydin ketika dipecah masuk baru-baru ini

Mydin halalkan mangsa banjir pecah masuk premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Mydin Mohamed Holding Berhad (Mydin) memahami situasi yang dialami mangsa banjir dan ‘menghalalkan’ perbuatan individu yang memecah masuk pasar raya miliknya di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, secara jujurnya beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat mangsa tidak mempunyai pilihan demi kelangsungan hidup masing-masing.

Ameer Ali Mydin

“Saya amat tersentuh hati dan bersimpati dengan insiden banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan Covid-10,”

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup kerana bantuan yang lambat tiba, bukannya dengan niat sebaliknya,” katanya.

Datuk Wira juga memanjatkan doa kepada Allah agar kesemua mangsa yang terlibat selamat dan bencana banjir serta pandemik ini sedia pulih seperti biasa.

Semalam Kosmo! online melaporkan polis mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai serbaneka di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25.

Difahamkan antara kedai serbaneka yang terlibat adalah outlet milik Mydin.

POPULAR