fbpx

Inisiatif murni Cheras Road FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL IZANI (kanan) menyerahkan barangan kepada Ketua Blok 31 Flat Sri Johor sebagai simbolik penyerahan sumbangan buat mangsa kebakaran di flat berkenaan hari ini.

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Cheras Road (Cheras Road FC) yang beraksi dalam kancah Liga Kuala Lumpur, tampil menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Blok 31 Flat Sri Johor, Cheras hari ini.

Penaung Cheras Road FC, Khairul Izani Omar berkata, sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada kelab bola sepak amatur berkenaan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Antara bentuk sumbangan adalah seperti beras, gula, makanan kering dan pelbagai keperluan asas lain kepada keluarga mangsa insiden kebakaran yang membabitkan lapan buah rumah di tingkat empat flat berkenaan semalam.

“Hari ini kita agihkan bantuan kepada lapan keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut, ini merupakan program CSR kami dalam membantu masyarakat.

“Lebih-lebih bagi, Flat Sri Johor ini juga merupakan antara kawasan komuniti kami sendiri, jadi ia bersesuaian dengan slogan kami Football For Community,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Izani bersama pemain-pemain Cheras Road FC mengagihkan bantuan berkenaan kepada penerima di Dewan Serbaguna Sri Johor yang dijadikan sebagai penempatan sementara.

Ketua Blok 31 Flat Sri Johor, S. Gunalan mengucapkan terima kasih kepada Cheras Road FC yang tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa.

“Terima kasih kepada Cheras Road FC kerana sudi datang dan bantu mangsa-mangsa kebakaran. Semua lapan keluarga mendapat sumbangan sewajarnya daripada pelbagai pihak,” jelasnya.

Sebagai rekod, lapan buah rumah di Flat Sri Johor hangus terbakar semalam yang dipercayai berpunca daripada tong gas meletup di salah sebuah rumah terlibat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI