fbpx
Gambar hiasan.

Ibu tunggal buat komen jelik terhadap Agong, bekas PM didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran jelik dan kenyataan berunsur penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam sebuah blog tahun lalu.

Hakim, M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Lai Yuet Ming, 65, selaku orang kena saman (OKS) selepas wanita itu menukar kepada pengakuan bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dalam prosiding pada 6 Disember lalu.

Hari ini hanya adalah ditetapkan bagi tarikh jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan pertama, Yuet Ming didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya terhadap Perdana Menteri dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui sebuah blog pada 23 Mac 2020.

Bagi pertuduhan itu OKS didakwa, mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya

Sementara pertuduhan kedua, OKS didakwa secara sedar telah membuat kenyataan-kenyataan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dalam blognya pada 21 Mac tahun lalu dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam yang didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Justeru hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya.

Kedua-dua pautan itu kemudian telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman masing-masing pukul 1.40 petang pada 6 Mei 2020 dan pukul 10 malam pada 21 Mac 2020.

Bagi pertuduhan pertama, OKS didenda RM4,000 dan pertuduhan OKS didenda RM6,000. Sekiranya OKS gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama sembilan bulan dan OKS membayar jumlah denda berkenaan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Najihah Farhana Che Awang manakala Yuet Ming diwakili peguam Rajsurian Pillai. -K!ONLINE

POPULAR