fbpx

Bank Rakyat tawar moratorium 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan Bank Rakyat yang menjadi mangsa banjir boleh memohon moratorium bayaran balik pembiayaan masing-masing. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Rakyat menawarkan kemudahan kelonggaran bayaran ansuran pembiayaan atau moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir bermula semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kewangan ditanggung pelanggannya yang terjejas akibat banjir dan pada masa yang sama, turut berdepan kekangan kewangan akibat pandemik.

“Bank Rakyat sentiasa komited membantu semua pelanggan kami yang terjejas, seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia dan kami berharap bantuan ini dapat membantu melegakan mereka yang bimbangkan komitmen kewangan ketika waktu yang mencabar ini.

“Justeru, pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran pembiayaan produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini.

“Ini termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelanggan individu dan perusahaan mikro boleh memohon bantuan moratorium melalui e-mel [email protected] dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan dan salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.

Sementara pelanggan perusahaan kecil dan sederhana boleh terus menghubungi Pusat Perniagaan Perusahaan Kecil Sederhana dan Koperasi bagi mendapatkan bantuan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, atau hubungi pusat panggilan di talian 1300 800 800. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI