fbpx

4 negeri diramal alami cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada bagi empat negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, hujan berterusan itu dijangka berlaku di seluruh kawasan negeri Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang sepanjang hari.

“Amaran yang sama turut diterima di Perak membabitkan Kerian dan Larut serta Matang dan Selama.

“Orang ramai juga diingatkan supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan maklumat terkini cuaca,” jelasnya. K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI