fbpx

Info ‘kepala ribut’ adalah palsu – MetMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan ‘kepala ribut’ yang sedang tular di media sosial.

MetMalaysia turut menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Mulimedia 1998

Selain itu, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih mengenai ramalan dan amaran cuaca melalui media sosial dan laman web rasmi MetMalaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

“Justeru kita ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan mengenai sesuatu isu,” katanya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI