fbpx

Aktres Jepun, Kanda Sayaka meninggal dunia terjatuh dari bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Kanda Sayaka ditemui di ruang luar hotel 14 tingkat itu kira-kira jam 12 tengah hari (waktu tempatan) kelmarin. – IST

TOKYO – Penyanyi dan pelakon popular  Jepun, Kanda Sayaka meninggal dunia setelah dilaporkan terjatuh dari biliknya di sebuah hotel di bandar Sapporo, lapor laman berita News On Japan hari ini.  

Pihak polis ketika ini masih menyiasat kemungkinan insiden tersebut melibatkan bunuh diri.

Mayat mangsa ditemui di ruang luar hotel 14 tingkat itu kira-kira jam 12 tengah hari (waktu tempatan) kelmarin.

Sebelum kejadian, Sayaka membatalkan persembahannya pada satu pertunjukan muzik dengan alasan masalah kesihatan.

Pelakon berusia 35 tahun itu adalah anak kepada pelakon Kanda Masaki dan penyanyi Matsuda Seiko.

Selain drama pentas, Sayaka pernah terkenal di seluruh negara apabila memainkan suara watak Anna dalam filem animasi Disney ‘Frozen’ versi Jepun.

Agensi mewakiki Matsuda Seiko telah mengeluarkan kenyataan menyatakan Sayaka telah meninggal dunia dan ibunya tidak dapat menerima kenyataan itu.

Disney turut mengucapkan takziah di akaun Twitter rasminya. Ciapan itu mengatakan bahawa Sayaka telah menceritakan kisah dan memberi kehidupan kepada watak Anna dengan ekspresi, emosi dan suaranya yang indah dan jelas.

Disney turut menyiarkan komen pelakon Matsu Takako, yang merupakan suara kakak Anna, Elsa, dalam filem itu.

Matsu berkata dia hilang kata-kata dan menganggap masa yang dihabiskan untuk mengalih suara ‘Frozen’ versi Jepun bersama Sayaka tidak boleh ditukar ganti.

Kementerian kesihatan Jepun turut menyeru orang yang mengalami masalah emosi untuk menghubungi perkhidmatan perundingan – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI