fbpx

19 mangsa tanah runtuh Jalan Genting Peres diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh Jalan Genting Peres menghala Kuala Klawang berakhir pagi ini.

PETALING JAYA – Seramai 19 orang mangsa tanah runtuh yang terkandas sepanjang jalan raya malam tadi berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Jalan Genting Peres menghala Kuala Klawang awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.32 petang semalam sebelum mengerahkan pasukan operasi ke tempat kejadian.

“Sepasukan anggota penyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Asri Tak, telah menggerakkan operasi menyelamat dengan bantuan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih termasuk sebuah jentera, 11 daripada Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Seramai 19 orang mangsa diselamatkan menerusi operasi berjarak kira-kira enam kilometer (km) sepanjang runtuhan itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurutnya, dua kumpulan mangsa termasuk sebuah keluarga berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian tanah runtuh dan dibawa ke kawasan lebih selamat.

“Antara mangsa runtuhan melibatkan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditemui terperangkap di tepi jalan pada pukul 1.34 pagi manakala salah seorang mangsa dihempap pokok tumbang dan mengalami kecederaan di pergelangan kaki kanan.

“Sebuah keluarga turut terkandas di lokasi berbeza tetapi tiada kecederaan dilaporkan,” ujarnya.

Tambahnya, 17 mangsa yang lain termasuk sebuah keluarga ditemui tanpa sebarang kecederaan pada pukul 5.30 pagi dan kesemua mangsa telah digerakkan ke kawasan selamat untuk diberi rawatan awal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI