fbpx

Wolff laung amaran awal musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOLFF

KETUA pasukan Mercedes-AMG Petronas, Toto Wolff memberi bayangan pasukan itu tidak akan duduk diam untuk menghasilkan jentera terbaik pada saingan Formula Satu (F1) musim depan.

Beliau sebelum ini berang dengan kontroversi pada perlumbaan terakhir 2021 di Litar Yas Marina minggu lalu yang menyaksikan pelumbanya, Lewis Hamilton terlepas peluang merangkul kejuaraan dunia kelapan.

Justeru, Wolff menegaskan, mereka sedia menghasilkan unit kuasa terbaik bagi membantu Hamilton mencipta rekod baharu dengan memenangi kejuaraan dunia kelapan dan memintas legenda sukan permotoran tersebut, Michael Schumacher.

“Kami akan berikan dia (Hamilton) satu unit kuasa yang hebat. Saya yakin kami ada kemam­puan untuk mela­kukannya.

“Kami juga ada motivasi yang cukup tinggi untuk buktikan dia (Hamilton) adalah pelumba terhebat di planet ini. Dia sudah buktikan pada 2021 dan ia akan diteruskan pada 2022,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar secara online kelmarin.

Hamilton terpaksa akur di tempat kedua musim ini selepas pelumba Red Bull, Max Verstappen muncul juara dunia dengan perbezaan lapan mata apabila memenangi perlumbaan penuh dramatik pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina.

Dalam pada itu, Wolff juga sedia menggunakan kepakaran terbaik yang dimiliki Mercedes dalam usaha mereka memenangi kejuaraan kesembilan berturut-turut dalam kategori pengeluar musim depan.

“Seperti anda semua tahu, saya tidak pernah cakap terlalu yakin untuk lakukannya tetapi saya tidak pernah persoalkan kemampuan pasukan. Apa yang berlaku di Abu Dhabi adalah kali pertama sejak saya bersama Mercedes.

“Oleh itu, apa yang kami perlukan dalam beberapa bulan akan datang, kami akan usahakannya. Kami bersedia memberikan segala-galanya termasuk sumber serta inovasi yang dimiliki,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI