fbpx

Wanita dapat hadiah telinga arnab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu menunjukkan bungkusan plastik hadiah yang diterimanya berisi sepasang telinga arnab kering. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita terkejut setelah melihat hadiah yang diperolehnya berisi telinga arnab sebenar yang telah dikeringkan setelah bertukar hadiah dengan seorang rakan, lapor laman berita Suara.com.

Klip video itu dimuat naik di aplikasi TikTok pada akaun bernama @carinaanjani.

Wanita itu dilihat menunjukkan bungkusan plastik berisi dua keping telinga Arnab itu.

Menariknya, label di hadapan bungkusan tertulis: ‘’100% Arnab.’’

Telinga arnab itu mempunyai bau yang tidak menyenangkan ketika dikeluarkan daripada  bungkusan.

Kerana ingin tahu, wanita itu kemudiannya menyentuh bulu telinga arnab itu menggunakan tangannya sendiri.

“Tetapi sangat halus,” tambahnya.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

‘’Aduh, sedih betul bila bayangkan telinga arnab diambil,” tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI