fbpx

Maybank, Etiqa sedia bantu mangsa banjir di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Maybank  menawarkan bantuan  banjir kepada pelanggan individu, PKS dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir besar susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri  Abdul Farid Alias berkata, bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir, yang turut menyebabkan kerosakan harta benda yang besar dan kesulitan lalulintas.

Menurut beliau, pelanggan boleh memohon bantuan tersebut melalui dua saluran mudah iaitu menghantar maklumat secara emel kepada [email protected] berkunjung ke mana-mana cawangan bank, pusat PKS, pusat perbankan perniagaan atau pusat kewangan auto di seluruh negara.

Semua permohonan akan dinilai berdasarkan maklumat kes yang tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Farid menjelaskan, Maybank juga menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan
terpilih seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.

“Bank juga memberikan pengecualian untuk caj lewat untuk kad kredit pelanggan yang terjejas,” jelasnya.

Sementara itu, cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqa, telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful, tanpa keperluan borang atau dokumen sokongan.

Sebagai tambahan kepada Bantuan Banjir, Maybank terus menyediakan program Bantuan Pembayaran Balik pandemik Covid-19 yang masih dijalankan.

“Memandangkan kesan ketara yang timbul akibat banjir semalam, adalah penting bagi kami untuk menghulurkan bantuan melalui apa jua cara yang mungkin kepada komuniti dan kakitangan kami supaya kami dapat mengatasi tempoh mencabar ini bersama-sama.

“Kami telah memberikan cuti bergaji pada 20 Disember untuk pekerja yang terjejas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan lain yang terjejas akibat banjir selaras dengan misi kami – Menginsankan Perkhidmatan Kewangan,”  jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI