fbpx

Kakitangan awam terjejas banjir diberi cuti kecemasan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kakitangan awam yang terjejas akibat bencana banjir diberi cuti kecemasan bagi membantu kesusahan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami kesulitan yang dialami kakitangan awam disebabkan banjir.

“Esok hari Isnin iaitu hari mula bekerja, oleh kerana kita faham kesusahan mereka jadi kerajaan bersetuju memberi cuti kecemasan kepada kakitangan awam yang terkesan,” katanya pada satu sidang akhbar hari ini.

Ismail Sabri berkata, selepas segala urusan termasuk mencuci rumah telah selesai, maka kakitangan awam terlibat boleh bekerja semula. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI