fbpx

[VIDEO] 10 maut: Jenazah 9 beranak selamat dikebumi satu kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Urusan pengebumian kesemua jenazah dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

SHAH ALAM – Jenazah sembilan beranak yang maut dalam kemalangan berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuh Raya ELITE, Subang Jaya dekat sini, kelmarin selamat dikebumikan dalam satu kubur hari ini.

Urusan pengebumian kesemua jenazah di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, itu selesai kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Jenazah mereka termasuk empat yang disahkan positif Covid-19 dikebumikan mengikut turutan bermula Allahyarham Norul Naziah Buyong, 37, yang juga ibu kepada lapan anak.

Ia kemudian diikuti anak sulung, Allahyarham Razarul Amin Abd. Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; dan Muhamad Aizat Syazwan, 10.

Empat lagi anak Norul Naziah ialah Allahyarham Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.

Adik Norul Naziah, Nurul Atika, 33, berkata, keluarganya bersyukur kerana urusan pengebumian berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak.

“Semua jenazah dapat dikebumikan dengan sempurna dalam satu kubur. Kami reda dengan ketentuan Ilahi dan mendoakan mereka ditempatkan dalam kalangan para solehah,” katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI