fbpx

Laluan Temangan-Kuala Krai dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan dari Temangan ke Kuala Krai dekat Machang dinaiki air setinggi satu meter.

MACHANG – Hujan lebat berterusan menyebabkan laluan dari Temangan ke Kuala Krai di sini ditutup kepada kenderaan ringan apabila paras air mencatat ketinggian sehingga satu meter.

Seorang pengguna jalan raya, Ahmad Sabri Yusof, 65, berkata, dia terkejut apabila melihat paras air di laluan berkenaan semakin meningkat dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja.

“Saya sedang dalam perjalanan ke Kuala Nal melalui Kuala Hau dekat Machang dan melihat paras air semakin meningkat sehingga tidak berani untuk terus melalui laluan berkenaan.

“Saya dimaklumkan oleh penduduk di Kampung Pulau Hau, laluan berkenaan sudah tidak boleh dilalui,” katanya ketika menghubungi Kosmo! hari ini.

Ahmad Sabri berkata, laluan berkenaan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan sejauh 13 meter untuk ke Kuala Krai.

Katanya, sehingga kini, penduduk di Kampung Keralla di sini sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir.

“Jika hujan lebat berterusan, penduduk di Kampung Keralla, terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang terdekat.

“Laluan yang dinaiki air ini merupakan laluan alternatif untuk ke Kuala Nal dan Kuala Krai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Suprintendan Ganti Jimmy ketika dihubungi berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berhubung laluan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI