fbpx

Banjir: Jelebu daerah terbaharu dinaiki air di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM mengadakan tinjauan susulan hujan lebat di beberapa kawasan perumahan di Taman Pekan Baru, Jelebu hari ini. - IHSAN APM

JELEBU – Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Balai Raya Kampung Juntai dekat sini telah dibuka susulan kampung berkenaan mula dinaiki air dan terdapat beberapa sungai berdekatan yang sudah melepasi tahap bahaya.

Setakat malam ini, selain kampung berkenaan, dua lagi iaitu di Kampung Puom di Chennah dan Ulu Klawang turut dinaiki air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Lt (PA) Md. Marisa Aminuddin berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan yang mula dinaiki air dan telah memastikan pergerakan anggota ke lokasi terlibat.

“Pihak kami mengambil maklum beberapa kawasan di daerah Jelebu mula dinaiki air susulan hujan lebat dan terdapat air sungai yang sudah melimpah melepasi tebing.

“Terdapat sebuah PPS dibuka di Kampung Juntai manakala sebuah lagi berkemungkinan dibuka di Kampung Puom, Chennah manakala, di Ulu Klawang kami masih memantau keadaan semasa. Anggota saya sedang menuju ke lokasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurutnya, daerah Jelebu menjadi daerah terbaharu di negeri ini yang dilanda banjir apabila terdapat seramai 25 orang mangsa dari Kampung Juntai dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan pada jam 8.10 malam tadi.

Kesemua mangsa yang dipindahkan membabitkan tujuh buah keluarga dari kampung berkenaan.

“Ia membabitkan tujuh lelaki dewasa, 12 wanita, dua kanak-kanak perempuan, tiga kanak – kanak lelaki dan seorang bayi perempuan.

“Keadaan ketika ini masih lagi hujan dan kesemua mangsa yang dipindahkan ketika ini dalam keadaan baik,” katanya.

Sementara itu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Chennah, Rosmadi Arif berkata, pihaknya juga telah bersiap sedia membuka pusat pemindahan sementara berikutan air Sungai Kenaboi sudah melimpahi tebing.

“Saya juga difahamkan terdapat beberapa pengunjung sedang menginap di beberapa kem perkhemahan di kawasan Kenaboi dan saya telah membuka sebuah lokasi untuk menempatkan mereka untuk sementara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI